Kunjungan delegasi Kumpulan Karangkraf
21 August 2025
Pagi tadi saya menerima kunjungan delegasi Kumpulan Karangkraf, termasuk pimpinan Sinar Harian, antara wadah berita utama rakyat Malaysia.
Saya sempat meluangkan masa berkongsi pandangan, memberi pencerahan, serta membincangkan ruang kerjasama, antaranya melalui inisiatif #QuranHour dan Huffaz TVET yang kini menjadi sebahagian rutin bacaan pembaca Sinar Harian.
Saya amat menghargai peluang sebegini kerana ia membuka ruang untuk saya mendengar sendiri perspektif media dalam mengangkat suara rakyat.
Terima kasih atas kunjungan ini. Saya doakan Kumpulan Karangkraf & Sinar Harian terus maju ke hadapan sebagai rakan media yang berwibawa, teguh menyampaikan suara rakyat dengan penuh tanggungjawab. Insya-Allah.
#Karangkraf
#SinarHarian
#MediaMalaysia
#BersamaMalaysiaku
