zahid-hamidi-website

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐š๐›๐š๐ก

04 November 2025

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐€๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐š๐›๐š๐ก
Selesai menyempurnakan Majlis Perasmian Global Skills Forum 2025 pagi tadi, saya terus ke Parlimen bagi mendengar Ucapan Penerangan Pendirian Kerajaan MADANI Berhubung Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim.
Ucapan beliau menjelaskan dengan tuntas mengenai komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan tanggungjawab perlembagaan terhadap Sabah serta memastikan setiap keputusan dibuat dengan berlandaskan undang-undang, prinsip keadilan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Sejak awal pentadbiran, Kerajaan MADANI telah menunjukkan iltizam yang jelas dalam memperkukuh hubungan Persekutuan-Negeri, termasuk peningkatan peruntukan pembangunan dan pelaksanaan pelbagai projek strategik demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Saya yakin bahawa kesepakatan yang berteraskan kepercayaan dan saling menghormati antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi asas kepada kemajuan serta perpaduan Sabah dan Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah.

Tanyalah AZH

Sila tinggalkan soalan. Pihak kami akan menyemak dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.