zahid-hamidi-website

๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

04 November 2025

๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“: ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐ƒ๐ฎ๐ง๐ข๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š
Pagi tadi, saya berbesar hati merasmikan Global Skills Forum 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ini merupakan edisi pertama Forum tersebut diadakan di luar Geneva, Switzerland sejak ia ditubuhkan oleh International Labour Organization (ILO).
Lebih bermakna, forum ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah ILO, H.E. Mr. Gilbert F. Houngbo, bersama delegasi dari hampir 50 buah negara. Kehadiran mereka menjadi bukti pengiktirafan dunia terhadap komitmen Malaysia dalam memimpin agenda pembangunan kemahiran di rantau ini.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya amat berbangga melihat Malaysia menjadi negara pilihan pertama bagi penganjuran Forum yang berprestij ini. Saya percaya bahawa dalam dunia yang sedang berubah pantas ini, ๐‘ ๐‘˜๐‘–๐‘™๐‘™๐‘  ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘’ ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐‘›๐‘’๐‘ค ๐‘๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ÿ๐‘’๐‘›๐‘๐‘ฆ. Kemahiranlah yang akan menentukan daya tahan, nilai dan masa depan sesebuah bangsa.
Di bawah ๐ด๐‘†๐ธ๐ด๐‘ ๐‘Œ๐‘’๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘œ๐‘“ ๐‘†๐‘˜๐‘–๐‘™๐‘™๐‘  (๐ด๐‘Œ๐‘‚๐‘†) 2025 yang dianjurkan bersempena dengan ๐ด๐‘†๐ธ๐ด๐‘-๐‘€๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘ ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐ถโ„Ž๐‘Ž๐‘–๐‘Ÿ๐‘š๐‘Ž๐‘›๐‘ โ„Ž๐‘–๐‘ 2025, Malaysia memberi tumpuan kepada penyelarasan antara pendidikan dan industri, pemerkasaan golongan muda serta pengiktirafan kemahiran rentas sempadan. Ini seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menjadikan TVET sebagai pemacu utama daya saing dan kemajuan ekonomi negara.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh ekosistem TVET berteraskan ilmu, nilai dan kemahiran, agar tenaga kerja kita kekal relevan, beretika dan berdaya saing dalam dunia yang sedang berubah pantas.

Tanyalah AZH

Sila tinggalkan soalan. Pihak kami akan menyemak dan memberi maklum balas dalam masa terdekat.