๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐: ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง
21 August 2025
๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐: ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐๐ซ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง
Saya telah mempengerusikan Sesi Pembentangan Agenda Penyelarasan Halal Malaysia yang memberi tumpuan kepada hala tuju ekosistem halal negara. Sesi ini bertujuan memastikan dasar, strategi pembangunan dan pelaksanaan industri halal Malaysia kekal relevan serta berdaya saing di peringkat global.
Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Ketua Pengarah JAKIM, Datoโ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee; Penyelaras Hal Ehwal Halal, Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff; bersama wakil agensi-agensi berkaitan yang memainkan peranan penting dalam ekosistem halal negara.
Mesyuarat turut menggariskan kepentingan penyelarasan rentas agensi agar usaha yang dilaksanakan dapat bergerak seiring dan saling melengkapi. Malaysia mempunyai kedudukan istimewa dalam industri halal dunia, justeru komitmen bersama amat diperlukan untuk terus mengekalkan peranan sebagai peneraju utama.
Saya menekankan bahawa pendekatan bersepadu ini akan melonjakkan potensi ekonomi halal negara, memperkukuh kedudukan Malaysia di pasaran antarabangsa, serta memberi manfaat yang lebih luas kepada rakyat.
Insya-Allah, dengan kesungguhan serta kerjasama semua pihak, ekosistem halal Malaysia akan terus berkembang sebagai kebanggaan negara dan rujukan dunia.
#IndustriHalal
#HalalMalaysia
#MADANIBekerja
#BersamaMalaysiaku
