๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐ ๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
04 November 2025
๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐
๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Pagi tadi, saya berbesar hati merasmikan Global Skills Forum 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Ini merupakan edisi pertama Forum tersebut diadakan di luar Geneva, Switzerland sejak ia ditubuhkan oleh International Labour Organization (ILO).
Lebih bermakna, forum ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah ILO, H.E. Mr. Gilbert F. Houngbo, bersama delegasi dari hampir 50 buah negara. Kehadiran mereka menjadi bukti pengiktirafan dunia terhadap komitmen Malaysia dalam memimpin agenda pembangunan kemahiran di rantau ini.
Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya amat berbangga melihat Malaysia menjadi negara pilihan pertama bagi penganjuran Forum yang berprestij ini. Saya percaya bahawa dalam dunia yang sedang berubah pantas ini, ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐กโ๐ ๐๐๐ค ๐๐ข๐๐๐๐๐๐ฆ. Kemahiranlah yang akan menentukan daya tahan, nilai dan masa depan sesebuah bangsa.
Di bawah ๐ด๐๐ธ๐ด๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐ด๐๐๐) 2025 yang dianjurkan bersempena dengan ๐ด๐๐ธ๐ด๐-๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ ๐ถโ๐๐๐๐๐๐๐ โ๐๐ 2025, Malaysia memberi tumpuan kepada penyelarasan antara pendidikan dan industri, pemerkasaan golongan muda serta pengiktirafan kemahiran rentas sempadan. Ini seiring dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk menjadikan TVET sebagai pemacu utama daya saing dan kemajuan ekonomi negara.
Insya-Allah, Malaysia akan terus memperkukuh ekosistem TVET berteraskan ilmu, nilai dan kemahiran, agar tenaga kerja kita kekal relevan, beretika dan berdaya saing dalam dunia yang sedang berubah pantas.
