๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐๐ก
04 November 2025
๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐๐ก
Selesai menyempurnakan Majlis Perasmian Global Skills Forum 2025 pagi tadi, saya terus ke Parlimen bagi mendengar Ucapan Penerangan Pendirian Kerajaan MADANI Berhubung Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim.
Ucapan beliau menjelaskan dengan tuntas mengenai komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan tanggungjawab perlembagaan terhadap Sabah serta memastikan setiap keputusan dibuat dengan berlandaskan undang-undang, prinsip keadilan dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Sejak awal pentadbiran, Kerajaan MADANI telah menunjukkan iltizam yang jelas dalam memperkukuh hubungan Persekutuan-Negeri, termasuk peningkatan peruntukan pembangunan dan pelaksanaan pelbagai projek strategik demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Saya yakin bahawa kesepakatan yang berteraskan kepercayaan dan saling menghormati antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan terus menjadi asas kepada kemajuan serta perpaduan Sabah dan Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah.
